Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Friday 31 July 2009

Lawatan Khas Dari Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama

Rabu, 29/07/09 - Pada hari tersebut, Sekolah Ugama Bebuloh merasa amat berbesar hati kerana telah menerima lawatan yang dirancang oleh Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama, khasnya dari Bahagian Al Quran dan Bahagian Professional. Lawatan diketuai oleh Tuan Syeikh Haji Khalid Bin Syeikh Hj Yahya; Cikgu Hjh Jamilah Binti Hj Abd Manaf dari bahagian unit Al Quran dan Cikgu Hj Norhidayat Bin Hj Md Salleh sebagai wakil dari bahagian professional.

Lawatan pada hari tersebut menumpukan kepada matapelajaran Al Quran. Guru yang bertuah untuk menerima kunjungan dari lawatan khas tersebut adalah Cikgu Mohd Najib Bin Hj Mohd Yassin dan Cikgu Siti Norlia Binti Hj Matamit.

Selepas lawatan dan pemantauan dilakukan, guru-guru Sekolah Ugama Bebuloh diberikan peluang untuk mendengar sedikit penjelasan tentang hasil yang diperolehi dari pemantauan tersebut.

Tuan Syeikh Haji Khalid juga berpeluang untuk menyerahkan buku Fatwa Mufti mengenai masalah membaca, menyentuh Al Quran bagi pelajar yang bukan beragama Islam.
Lawatan pada hari tersebut, sedikit sebanyak telah menjawab beberapa persoalan yang selama ini menjadi satu kemusykilan bagi pihak sekolah.

Sedikit jamuan juga disediakan sebagai mengalu-alukan kedatangan dari Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana memberikan peluang keemasan tersebut.