Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Tuesday 28 January 2014

Ular... Satu fenomena biasa di Sekolah Ugama Bebuloh.. :)

Selasa, 21 Januari 2014 - Hujan lebat turun membasahi Negara Brunei Darussalam. Tanah runtuh dan banjir kilat telah menjejaskan beberapa tempat di seluruh Negara Brunei Darussalam. Kampung Bebuloh juga tidak terkecuali, tetapi, Alhamdulillah tidak seteruk kawasan lain yang terjejas.

Sekolah Ugama Bebuloh telah menerima lawatan kunjungan dari salah satu makhluk Allah yang amat digeruni walaupun nyatanya bukan dari spesis yang berbisa. Tanah susur di tepi Sekolah Ugama Bebuloh yang telah menumbangkan sebatang pokok mungkin menjadi penyebab utama penghijrahan makhluk ini ke tempat-tempat yang bukan ghalib dihuninya...


Ular di pagar bilik makmal komputer...
kalau nda perasan, memang inda nampak ada ular disana...


Percubaan untuk menurunkan ular dari Tingkat 1...


Setelah menunjukkan aksi terbangnya yang hebat, akhirnya ular 'landing' di bawah....

Hero of the day... berjaya memburu ular tersebut ke kawasan asalnya...

Rakaman RTB

Rabu, 15 Januari 2014 - Pihak RTB dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam Jabatan Pengaian Islam, telah memilih Sekolah Ugama Bebuloh untuk penggambaran salah satu dokumentari mengenai pelajar yang bukan beragama Islam menuntut di Sekolah-Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam. Beberapa orang ibubapa juga telah dijemput hadir bersama untuk penggambaran tersebut di antaranya adalah Awang Baru bapa kepada Lia Erlina (Darjah Pra), Puan Rosana ibu kepada Rosadillah (Darjah 2), Hafizul Ikhmal dan Rofaizrul (Darjah 6).

Dalam penggambaran tersebut, guru-guru juga dilibatkan sama untuk menunjukkan perbezaan cara pengajaran pelajar yang Islam dan Bukan Beragama Islam, terutama sekali dalam matapelajaran Al Quran.
Guru Besar, Cikgu Azman Bin Abdul Razak, juga telah turut diwawancara untuk sama-sama memberi maklumbalas mengenai perkara tadi.

Ibubapa pelajar yang dijemput hadir juga turut memberikan their 'two-cents' tentang pendidikan anak mereka di sekolah ugama, yang rata-ratanya, Alhamdulillah, amat berpuas hati dengan kejayaan yang telah mereka kecapi.

Semoga dengan tersebarnya info ini nanti, lebih ramai lagi pelajar non-muslim ingin mengetahui dan seterusnya terbuka hati untuk memberikan sedikit pengetahuan tentang ugama Islam.Semoga sumbangan dakwah kecil dari para guru-guru dapat membantu perkembangan Islam di Brunei khususnya. Amiin...

Cikgu Najib Bin Hj Mohd Yassin, menunjukkan cara yang berbeza mengajar pelajar Non Muslim membaca Al Quran...

Ivy Safrini in action!

Ready, Camera, Action!!

Penggambaran yang turut diperhatikan oleh Guru Besar, Cikgu Azman Bin Abdul Razak, PPID Brunei IV, Ustazah Hjh Sinega Bt Hj Swadi, Ketua Bahagian Sekolah Ugama, Ustazah Hjh Rufidah bt Hj Sulaiman, Ketua Perhubungan Awam, Cikgu Mohd Kushairi Azam Bin Hj Abd Latif, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam..
 
Antara ibubapa yang turut dijemput hadir sama, Awang Baru dan Dayang Rosana
 
Guru Besar yang kelihatan nabas!!!

Test Mic! 1..2..3..



Memberikan jawapan yang bernas!!

Guru Besar in action!
 
Yang mulia, Ustazah Hjh Sinega Bt Hj Swadi (kanan), Ketua Bahagian Sekolah Ugama dan yang mulia, Ustazah Hjh Rufidah bt Hj Sulaiman (kiri) Ketua Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam.

Rilek-rilek sementara menanti habis penggambaran...

Bergambar ramai untuk kenangan...

Saturday 11 January 2014

Acara Keagamaan Senegara, Bacaan Ratib Sempena 100 Tahun Pendidikan Formal

11/01/2014, Sabtu - Alhamdulillah musim persekolahan tahun 1435-1436H/2015M telah pun bermula semenjak seminggu yang lalu. Pendaftaran pelajar Darjah Pra telah pun dijalankan pada hari Rabu, 8 Januari 2014.

Hari ini, Sekolah Ugama Bebuloh menjalankan aktiviti pertama dalam tahun 2014 dengan bacaan ratib sempena 100 tahun pendidikan formal.

Semoga aktiviti yang bermanfaat ini akan sentiasa dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang.


Bacaan Ratib diketuai oleh Guru-guru lelaki
Dari kiri: Cikgu Mohd Abd Khallit, Cikgu Pg)
 Shamsol Nizam, Cikgu Azman (Guru Besar), Cikgu Mohd Najib


Antara pelajar perempuan yang mengikuti
aktiviti ini diiringi oleh Cikgu Kamsiah dan Cikgu Siti Norlia