Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Thursday 5 November 2009

Tahniah!


Tahniah diucapkan kepada Dayang Rabiahtul Syahnazirah Bt Shahmahedzan kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab pada tahun hadapan.
Semoga Berjaya!!

Peperiksaan Akhir Tahun


Diharap semua pelajar mencapai kejayaan...Amiiin!!

Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Brunei IV

21/10/09, Rabu - Sekolah Ugama Bebuloh telah diberikan penghormatan untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Brunei IV. Pertandingan diadakan di Rumah Kegiatan Kampung Bebuloh. Walaupun pertandingan pada hari tersebut terganggu dengan penutupan bekalan elektrik pada awalnya, akhirnya pertandingan tersebut dapat juga dijalankan dengan jayanya. Pertandingan tersebut juga dihadiri oleh PPID Bru Iv, Hjh Ainah Bt Hj Saban dan Pembantunya, Hj Md Yusslan Bin Hj Tengah, Guru-guru Besar, Ketua-Ketua Guru Sekolah-Sekolah Ugama Brunei IV dan Guru-Guru Pengawas. Ulasan keputusan jemaah hakim telah dibaca oleh Cikgu Mohd Najib. Pertandingan telah dimenangi oleh Sek Ugama Pengkalan Batu yang akan mewakili Brunei IV di peringkat negara nanti. Sek Ugama Bebuloh hanya mendapat tempat ke empat, yang telah diwakili oleh pelajar darjah 3, Ahmad Nabeel Bin Hj Mahadi. Walau apapun, tahniah kepada warga Sekolah kerana telah berjaya mengendalikan Pertandingan tersebut dengan lancar.





























Khatam Al Quran Guru & Pelajar Di Bulan Ramadhan

12/09/09, Sabtu - Sekolah Ugama Bebuloh telah mengadakan majlis Khatam Al Quran Bagi Guru Dan Pelajar. Majlis diadakan di Rumah Kegiatan Kampung Bebuloh. Surah-surah dibaca beramai-ramai, takhtim diketuai oleh Cikgu Pg Masidayu dan doa dibacakan oleh Cikgu Mohd Najib.










Friday 30 October 2009

Peringatan Allah untuk Ummat Nya



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

DIPETIK DARI ISUHANGAT

Friday 23 October 2009

Tabik Setan...Astagfirullahal 'Azim...

Tanpa disedari ada di antar kita yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai, hanya kerana mengikut perkembangan semasa. Berikut adalah perkara-perkara yang selalu dibuat oleh remaja bahkan juga orang dewasa...jadikanlah ianya sebagai iktibar dan pengajaran bersama...


Tanda ini melambangkan sebagai 'Tuhan Bertanduk', iaitu Tuhan kepada orang yang mengamalkan ilmu sihir bernama Pan atau Cernunnos. Perhatikan ibu jari ditindih dengan jari yang lain menggunakan tangan sebelah kanan.


Ini pula adalah lambang 'Tangan Bertanduk' (Satanic Salute) sebagai pengakuan kepada sesiapa yang mengikuti ajaran sihir tersebut. Bila ditunjukkan kepada sesuatu atau tempat, maka itu menunjukkan bahawa tempat itu telah dikenakan sumpahan. Perhatikan ibu jari berada di atas jari yang lain menggunakan tangan sebelah kiri.


'Tanda Ahli Sihir' atau 'Tanda Bulan Mengembang' digunakan sebagai tanda untuk memuja bulan yang sedang mengembang penuh.


Daripada Bible Syaitan atau Satanic Bible, menunjukkan 'Satanic Salute' atau 'Tangan Bertanduk' atau 'The Mano Carnuto' melambangkan ketaatsetiaan dan kesatuan di antara mereka dan 'Tuhan Bertanduk' mereka.


Ritual Satanik.
Pengamal-pengamal ajaran ini membuat 'Satanic Salute' sebagai lambang kesetiaan mereka.


Pengasas dan peneraju kepada 'Gereja Syaitan', Anton LaVey.
Dia juga adalah penulis kepada Satanic Bible, memperlihatkan 'Tangan Bertanduk' menggunakan tangan kirinya, ini adalah muka penutup belakang bagi Satanic Bible.

Manfaatkanlah ilmu pengetahuan ini dan jauhkanlah diri dari melakukan kesilapan ini lagi. Astaghfirullahal 'Azim...

dipetik dari Koleksi Artikel Isuhangat.

Thursday 22 October 2009

Lawatan Dari Unit Kenaziran

03/10/09, Sabtu - Lawatan Dari Unit Kenaziran ke Sekolah Ugama Bebuloh, yang diketuai oleh Ustazah Hjh Surbiah.