Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Saturday 21 February 2009

Bacaan surah Yaasin sempena Jubli Perak Hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam




Sabtu 21/2/09- Hari ani sekolah mengadakan acara membaca surah Yaasin sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu rancangan yang telah diaturkan bagi tahun 2009. Sekolah Ugama Bebuloh juga akan mengadakan pertandingan azan dan iqamah antara rumah2 pada hujung bulan ini sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan NBD. "KEDEWASAAN BERNEGARA". Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Friday 20 February 2009

Ratib Al Attas

Khamis, 19/02/09 - Sekolah Ugama Bebuloh mengadakan aktiviti Ratib Al Attas. Aktiviti ini dijalankan selepas sembahyang Asar diketuai oleh Cikgu Mohd Najib. Aktiviti ini akan dijalankan sekali dalam sebulan pada setiap hari Khamis selain daripada aktiviti membaca Yaasiin beramai-ramai bersama pelajar yang juga diadakan pada setiap Hari Khamis.



Program Latihan Amali

Rabu, 18/02/09- Pada hari tersebut, ahli jawatankuasa Badan Amali Agama telah menjalankan satu program kekal bagi Sekolah Ugama Bebuloh iaitu, Program Latihan Amali. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk membetulkan ataupun menghalusi mana-mana perbuatan amali ibadat bagi pelajar-pelajar umumnya dan bagi pelajar yang baru memulakan persekolahan ugama khasnya. Di dalam program ini disusun beberapa latihan yang dirasakan penting bagi pelajar seperti cara-cara melakukan sembahyang dengan betul bersama bacaannya, wudhu dan sebagainya. Program Latihan Amali akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun, iaitu 2 kali dalam sebulan. Disamping itu juga, Program Latihan Amali ini adalah untuk membimbing kalangan pelajar yang baru memeluk agama Islam dan membiasakan pelajar yang bukan beragama Islam dengan cara kehidupan bermasyarakat orang-orang beragama Islam.



Wednesday 11 February 2009

Rahsia Solat

1. Niat Sembahyang:- Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari

dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :- Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbiratul Ihram :- Fadilatnya sebagai pelita yang

menerangi kita didalam kubur.

4. Fatihah :- Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.

5. Rukuk :- Sebagai tikar kita didalam kubur.

6. Iktidal :- Akan memberi minuman air dari Telaga Al-Kautsar

ketika di dalam kubur.

7. Sujud :- Memagar kita ketika menyeberangi Titian Sirotul

Mustaqim.

8. Duduk Antara Dua Sujud :- Akan menaung panji-panji Nabi

kita didalam kubur.

9. Duduk Antara Dua Sujud ( akhir ):- Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.

10. Tahiyat Akhir :- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang

dikemukakan oleh Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi :- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :- Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah.

Saturday 7 February 2009

Ceramah Bahasa Melayu Dan Surat Menyurat Yang Betul

7 Feb, Sabtu- Hari ani Guru Kanan Pentadbiran dan Guru Kanan Akademik diarahkan untuk menghadiri Ceramah Bahasa Melayu Dan Surat Menyurat Yang Betul di Sekolah Ugama Lumapas. Ceramah ini adalah salah satu daripada anjuran Badan Perkembangan Staff, Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV. Ceramah ini juga telah dihadiri oleh Guru-Guru Besar Dan Ketua-Ketua Guru pada hari Khamis, 5 Feb 2009.
Ceramah telah disampaikan oleh yang mulia Awang Moksin Bin Hj Durahim, Pegawai Bahasa, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Juga turut hadir ialah Pembantu Pegawai Pengajian Islam Bru IV, Cikgu Hj Mohd Yusslan Hj Tengah; Pengerusi AJKPSSU, Cikgu Hj Zaini Bin Hj Saman, GB Sek Ugama Bolkiah; Timbalan Pengerusi AJKPSSU, Cikgu Hjh Noraya binti Hj Metali; GB Suk Ugama Tanjong Kindana, Sg Bunga; Cikgu Hjh Kasum binti Hj Maidin, GB Sek Ugama Awg Semaun dan Cikgu Hj Kamirulazman Bin Hj Kula, GB Sek Ugama Lumapas.
Sepanjang ceramah dijalankan, GKP dan GKA mengambil kesempatan untuk bertanya beberapa soalan mengenai beberapa permasalahan yang timbul di dalam menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan seterusnya mempelajari tentang tatacara surat menyurat yang betul..Banyak pengetahuan yang didapat dan banyak kesalahan yang baru disedari...Ceramah berakhir pada pukul 4:50 petang...
Akhir kata, diucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Perkembangan Staff kerana telah membawakan seorang penceramah yang berkaliber...


Sebahagian Guru Kanan Lelaki dan Penceramah..


Guru Kanan Perempuan dan Majlis Penyampaian Cenderamata...

(Gambar diambil menggunakan kamera handphone)

Thursday 5 February 2009

Keputusan SSSRU Darjah VI 2008

Assalamualaikum...barupun dipikir-pikirkan, baru jua dikunyanyang-kunyanyangkan, ahirnya keputusan SSSRU Bagi Darjah VI tahun 2008 keluar tia jua...pelajar kami yang 8 orang menduduki peperiksaan atu datang berduyun-duyun ke sekolah...Alhamdulillah lah keputusan tahun ani...Walau apapun, kami guru-guru di Sekolah Ugama Bebuloh semuanya mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu, walaupun ada di antara kamu yang kehampaan meliat keputusan atu...bagi yang kurang berjaya, sabar menghadapi cabaran...tabahkan hati, kuatkan iman...kalau berkeinginan mencuba lagi tahun ani....

*Kalau kan meliat basar-basar, klik arah keputusan ani...

Wednesday 4 February 2009

Sambutan Hari Valentine Di Dalam Islam

Pada masa pemerintahan Raja Claudius II, dia telah memenjarakan orang-orang Kristian, termasuklah Valentine, kerana beliau adalah seorang penyebar ugama Kristian. Walaupun berada di dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan ugama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara disamping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri daripada penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap ugama Kristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom, menyebabkan Valentine telah disiksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Bagi penganut Kristian, Valentine adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah puncanya orang-orang Kristian ,mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine.
Muslimin yang dirahmati Allah, berdasarkan penerangan tadi adalah jelas menunjukkan bahawa istilah hari kekasih atau Valentine's Day bukanlah perayaan yang disyariatkan di dalam ugama Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang untuk menyambut dan merayakannya. Sememangnya ugama Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam ugama Islam untuk sepanjang masa. Bukan hanya ditetapkan dalam masa atau hari yang tertentu sahaja. Berkasih sayang di dalam Islam bukanlah dengan bergaul bebas tanpa sempadan dan melanggar hukum syara' apatah lagi sehingga membawa kepada berlakunya maksiat dan kemungkaran seperti zina.
Islam adalah ugama yang praktikal bukan mengongkong bahkan Islam adalah ugama yang menjaga dan memelihara kehidupan ummatnya supaya lebih sempurna dan harmoni. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara ummatnya. Untuk itu kasih sayang di dalam Islam dapatlah dikategorikan kepada tiga; pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu Wa Taala) kepada hambaNya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta. Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk. Adapun kasih makhluk sesama makhluk sifatnya tiada berkekalan kerana ia bergantung kepada keadaan. Dan kasih hamba kepada Pencipta pula berlandaskan kepada keimanan dan ketaqwaan. Manakala kasih Pencipta kepada hambaNya adalah kasih yang berkekalan.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud:
"Katakanlah! Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi".
Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah, perlu diingat bukan semua budaya itu baik untuk diikuti. Oleh itu, ia memerlukan penilaian dengan sukat-sukat yang betul. Bagi kita orang-orang Islam, tentunya sukat-sukat kita ialah hukum Islam, maka jangan jadikan diri kita perosak ugama sendiri dan menyanjung ugama lain pula. Contohnya, Valentine's Day (Hari Kekasih) yang dicetuskan oleh ugama lain dengan budaya yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Diraikan oleh sebahagian orang Islam khususnya para remaja Islam. Apa yang membimbangkan, bukan setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, tetapi tidak mustahil ada di antara remaja yang sanggup menggadai kehormatan diri mereka demi kesetiaan cinta kepada pasangan mereka. Remaja ataupun pemuda pemudi Islam, sepatutnya memiliki kekuatan Iman, ketahanan jiwa, mempunyai jati diri, tidak mudah diombang ambing dan dipengaruhi apatah lagi untuk tujuan melakukan kemungkaran kerana hatinya takut kepada Allah SWT.
Ini jelas sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda "Tujuh golongan orang yang dilindungi oleh Allah, di dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu, imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik untuk melakukan maksiat, lalu dia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah", seorang lelaki yang sentiasa bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan seorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan airmata" Hadis Riwayat Imam Bukhari.
Muslimin yang dirahmati Allah, sesungguhnya ugama Islam itu adalah ugama yang tinggi dan mulia. Terdapat di kalangan ummat Islam tidak menyedari hakikat ini sehingga terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup masyarakat asing dengan beralasan mengikut peredaran zaman tanpa memperdulikan budaya tersebut bertentangan dengan lunas-lunas ajaran Islam. Oleh itu, jauhilah dan hindarkanlah diri kita daripada terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya asing yang bertentangan dengan ajaran ugama Islam itu. Semoga kita semua selamat di Dunia dan di Akhirat. Amin Yaa Rabbal Alamiin..
Petikan Dari Radio Rangkaian Nur Islam

Sunday 1 February 2009

Kegembiraan Dalam Kehampaan

Assalamualaikum....31hb Januari yang lapas, Sek Ugama Bebuloh mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar terbaik dan cemerlang bagi tahun 2008...di dalam majlis atu jua, kami selajurkan dengan majlis penyampaian sijil bagi pelajar yang telah lulus di dalam peperiksaan bersijil SSSRU VI bagi tahun 2007, perlantikan ketua pelajar dan pengawas mirhadh dan jua pelancaran bagi blog rasmi sekolah...
Dalam kegirangan kami kan membuat majlis ani, tiba-tiba kami dilanda kehampaan...karan kami trip dan nda mau diusai..jadinya kami tepaksa mengadakan majlis kami dalam keadaan yang serba kekurangan..semua mic kami nda dpt digunakan, cematu jua kipas, lampung dan semua perhiasan pentas kami..projector untuk pelancaran blog pun nda dpt digunakan...
Mau nda mau, majlis tetap jua dijalankan..tetamu kehormat kami petang atu, Cikgu Hassan Din Bin Hj Untung, Guru Besar SU Limau Manis pun terpaksa duduk dalam keadaan yang panas..alhamdulillah jua patang atu cuaca pun nda jua berapa panas..tapi tatap jua bepaluh-paluh...
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar, Mohd Kushairi Azam. Selepas atu , persembahan dari pelajar darjah pra & 1..durang ani dapat dibanggakan..biasanya durang belatih pakai minus one, ani ndada lagu, pakai signal tangan saja pun durang merati...


Guru Besar memberikan ucapan, Tetamu Kehormat Majlis dan pelajar terpilih memasuki Sekolah Arab


Persembahan Dari darjah Pra n Satu


Selepas atu, diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pelajar terbaik, calon yang terpilih memasuki Sekolah Arab dan pelajar yang mendapat kehadiran terbaik sepanjang tahun 2008


Sebahagian daripada pelajar yang menerima hadiah bagi Pelajar Terbaik


Majlis diteruskan dengan persembahan dari darjah dua dan tiga dan kemudiannya penyampaian hadiah bagi pelajar darjah 6 tahun 2007 dan juga pelajar cemerlang keseluruhan....Pelajar Cemerlang Keseluruhan Rendah Bawah tahun 2008, Ahmad Nabeel Bin Hj Mahadi dan Pelajar Cemerlang Keseluruhan Rendah Atas Tahun 2008, Adieyathul Adawitah Bt Azman...Pelajar Cemerlang Keseluruhan Sekolah Ugama Bebuloh Tahun 2008, Ahmad Nabeel Bin Hj Mahadi, dimana peratus kelulusan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar ani adalah 99%..ditambah lagi dengan kejayaannya untuk mendapat kehadiran datang ke sekolah terbaik sepanjang 2008..So, tahniah cigu-cigu ucapkan untuk Alai Ahmad Nabeel...mudah-mudahan kejayaannya ani menjadi titik pandu bagi pelajar yang lain...



Pelajar Cemerlang, Ahmad Nabeel dan Adieyathul Adawiyah


Kemudian, ada persembahan jua dari pelajar darjah 6 dan seterusnya perlantikan ketua pelajar dan pengawas mirhadh...Ketua pelajar tahun 2009 ani nda ramai..6 orang ganya, dan Pengawas Mirhadh nya 3 orang saja...Pelajar yang terpilih dilantik sebagai Ketua Agong 2009 ialah Stefven Bin Minak...Tujuan diadakan ahli jawatankuasa pelajar ani adalah untuk membantu guru-guru dalam hal-hal pengawasan dan pemantauan pelajar. Yang mana, durang ani jua mempunyai tanggungjawab dalam menerima pelbagai aduan atau pun masalah di kalangan pelajar. Diharapkan ketua-ketua pelajar yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab ani dapat menjalankan tugasan dengan baik...


Persembahan Darjah 6, dan juruhebah yang bertugas, Cigu Najib n Cigu Lia



Perlantikan Ketua Pelajar


Selepas majlis perlantikan Ketua Pelajar dan Pengawas Mirhadh, mjalis diteruskan dengan pelancaran blog rasmi Sekolah Ugama Bebuloh..Pelancaran dilakukan oleh tetamu kehormat majlis, Cikgu Hassan Din Bin Hj Untung..Sayangnya, untuk majlis pelancaran ani nda sampat di ambil gambarnya atas masalah teknikal yang inda dapat dielakkan...Selepas atu penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat majlis...dan diteruskan dengan jamuan...
Alhamdulillah, majlis kami selesai dijalankan, walaupun dalam keadaan yang serba serbinya kekurangan..bagi pihak Pengerusi majlis, inda dilupakan tenaga-tenaga yang dibantingkan oleh guru-guru di dalam membuat persiapan majlis, semasa majlis dan selepas majlis...Untuk insan yang tertanya-tanya kenapa inda ada gambar cigu-cigunya bagi setiap majlis yang diadakan, kami ani jumlah gurunya sedikit sahaja, kalau ada majlis, kami ada yang sibuk ke kiri, sibuk ke kanan..jadinya, bila udah selesai majlis, kami sudah kehabisan tenaga kan begambar...tapi dalam majlis ani, ada jua kami selitkan dua tiga buting gambar yang meliatkan guru-gurunya...diharap berpuas hati... Cameraman nya pun nada masa kan begambar dan menguyung-nguyung guru kan nyuruh begambar..
Akhirnya, karan kami on semula sebaik saja majlis kami selesai....tangah-tangah kami makan, tiba-tiba terasa angin sajuk..rupanya kipas kami tepasang...walau apapun, kami ucapkan jua terima kasih arah orang yang ngusai karan kami atu...