Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Sunday 31 May 2009

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA:
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA:
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA:
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT:
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA:
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH:
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN:
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN:
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH:
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS:
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS:
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."

Wednesday 27 May 2009

PEPERIKSAAN BERTULIS SETENGAH TAHUN

23hb Mei 2009 - Peperiksaan bertulis setengah tahun dijalankan bagi murid-murid darjah pra hingga tiga, kemudian disambung pula oleh murid-murid darjah empat hingga enam. Peperiksaan diadakan sehingga 3hb Jun 2009.

Sementara itu pengawas bagi peperiksaan terdiri daripada guru kelas masing-masing dan dibantu juga oleh guru besar,guru-guru kanan dan guru mata pelajaran masing-masing.

Didalam kesempatan ini, semua warga dan ahli SU Bebuloh mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua murid-murid SU Bebuloh khususnya dan semua murid-murid di semua Sekolah-Sekolah Ugama seluruh Negara Brunei Darussalam umumnya.

SEMOGA MURID-MURID MENDAPAT KEJAYAAN...AMIIIN...

Cigu Pg. Masidayu memerhatikan gelagat Abd Mathin menjawab soalan.

Murid seorang ani udah siap usulnya menjawab soalan atu...

Cigu Kamsiah memerhatikan cemana Azua'an menjawab soalan atu, while murid lain, ada yang membaca soalan, menulis jawapan dan ada yang angan-angan jua..hehe..

Walaupun kelas ani sedikit saja muridnya, tapi siuk ni siapa yang tekana menjaga...hehe...

di'update'kan oleh: GKA

Tuesday 12 May 2009

Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saiyidina Ali Karamullah Wajhah

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Wahai Ali, aku melarangmu dengan 4 perkara:
1) irihati
2) bohong
3) loba
4) pemarah

Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya:
1) Penyakit bicara adalah bohong
2) Penyakit ilmu adalah lupa
3) Penyakit ibadah adalah riak
4) Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
5) Penyakit berani adalah agresif
6) Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
7) Penyakit cantik adalah sombong
8) Penyakit bangsawan adalah bangga
9) Penyakit malu adalah lemah
10) Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
11) Penyakit kaya adalah kikir
12) Penyakit royal (mewah) adalah berlebih-lebihan
13) Penyakit agama adalah hawa nafsu

Mimpi Rasulullah SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda :

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Saturday 9 May 2009

Tokoh Islam: Saiyidatina Fatimah, Wanita Penghulu Syurga

Saiyidatina Fatimah az Zahra merupakan puteri kesayangan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Beliau begitu manja dengan ayahanda tercinta sehinggakan Rasulullah SAW pernah berkata:
"Fatimah adalah darah dagingku, sesiapa yang mengganggunya bermakna dia menggangguku."

Saiyidatina Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadilakhir 606 dan membesar dalam suasana kesusahan. Walaupun Fatimah anak seorang pemimpin agung ketika itu, namun beliau tidak diajar dan dimanjakan dengan harta dan kekayaan. Sebaliknya Fatimah diasuh untuk menjadi gadis yang beriman dan mempunyai budi pekerti dan akhlak yang terpuji.

Setelah kehilangan ibunda tercinta, Fatimah banyak menggalas tanggungjawab menjaga ayahnya dan menguruskan keluarganya. Dalam kesibukan Fatimah menguruskan rumahtangga, Fatimah masih mempunyai masa untuk beribadah kepada Allah SWT. Setiap hari, malam-malamnya diisi dengan tahajjud, membaca al Quran dan pelbagai lagi. Fatimah mewarisi sifat terpuji Rasulullah SAW. Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan kehidupan mereka. Dalam keadaan begitu, Fatimah masih boleh bersedekah. Fatimah tidak pernah membiarkan peminta sedekah meninggalkan rumahnya tanpa membawa sebarang makanan walaupun dirinya sendiri kelaparan.

Semasa perang Uhud, Fatimah telah merawat luka Rasulullah SAW. Fatimah juga turut menyertai Rasulullah dalam peristiwa penawanan kota Mekah dan Haji Wida' pada 11 hijrah.

Ketika Rasulullah jatuh sakit, Fatimah sentiasa berada di sisi ayahandanya. Rasulullah membisikkan sesuatu kepada Fatimah yang membuatkannya tiba-tiba menangis dan kemudian tersenyum. Fatimah menangis kerana mendengar berita tentang saat kewafatan Rasulullah yang sudah hampir. Manakala Fatimah tersenyum tatkala diberitahu dialah orang pertama yang akan menyusuli Baginda ke alam baqa'. Setelah pemergian Rasulullah SAW, Fatimah menyusul enam bulan selepas itu. Beliau meninggal dunia pada usia 28 tahun dan dikebumikan diperkuburan Baqi', Madinah.

Begitulah keistimewaan Rasulullah SAW yang sentiasa mendidik dirinya untuk menjadi hamba Allah yang sabar, redha, takut dosa, tawaddhu' dan pelbagai lagi sifat mahmudah yang lain. Ujian-ujian di dunialah yang akan menguji ketakwaan dan keimanan manusia untuk berjaya di akhirat.

Monday 4 May 2009

Ratib Al Attas & Peraduan Menghafaz Bacaan-Bacaan Dalam Sembahyang

Khamis, 30 April 2009-
Sekolah Ugama Bebuloh sekali lagi menganjurkan peraduan menghafaz bacaan-bacaan dalam sembahyang antara rumah-rumah. Peraduan kali ini diadakan dengan tujuan supaya pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan lisan amali agama setengah tahun yang akan dijalankan pada 4 Mei 2009 nanti. Alhamdulillah, sambutan peserta terhadap peraduan ini amat menggalakkan. Hakim dilantik dari guru-guru sekolah ini sendiri, diketuai oleh Pengerusi rumah-rumah, Guru Besar, Cikgu Mohd Kushairi Azam bin Hj Abd Latif. Peraduan yang seumpamanya juga akan diadakan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang berani tampil kehadapan dan seterusnya mencapai kecemerlangan akademik di dalam pembelajaran.
Sebelum peraduan dijalankan, pihak sekolah terlebih dahulu membaca Ratib Al Attas beramai-ramai. Ratib Al Attas adalah aktiviti bulanan bagi Sekolah Ugama Bebuloh.