Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Thursday 6 November 2014

Peperiksaan Akhir Tahun Rendah Bawah

Khamis, 6/11/2014 - Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun bagi rendah bawah telah pun bermula pada hari ini. Semoga dengan adanya persiapan rapi dari guru-guru akan membawakan hasil yang memberangsangkan. Didoakan pada anak-anak sekelian, semoga berjaya dan lulus untuk naik kelas pada tahun 2016. Amiin...


Wednesday 5 November 2014

Program Keagamaan Senegara - Tausyeh

Rabu, 5 November 2014 - Hari ini, sekali lagi pihak sekolah menjalankan Program Keagamaan Senegara yang telah diaturkan oleh Bahagian Ko-Kurikulum. Program ini diadakan pada setiap bulan dengan membawakan tema yang berlainan. Bulan ini, PKS yang disediakan adalah tausyeh. Dengan tausyeh Solatun Bissalam dan Solatullah Wa Salamullah diiringi gendang daripada Cikgu Najib, bergemalah sekolah dengan alunan tausyeh yang merdu dialunkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.

Alhamdulillah, program yang sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar, dilakukan sebagai aktiviti sebelum solat jemaah Zohor, telah menampakkan hasil yang memberangsangkan.

























Tuesday 4 November 2014

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU Darjah 6 Tahun 2013

Khamis, 23 Oktober 2014 - Sekolah Ugama Bebuloh mengadakan majlis sederhana untuk meraikan Penerima Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah 6 Tahun 2013. Di antara 13 penerima sijil tersebut, 11 daripadanya telah mendapat gred 1 dan 2 orang mendapat gred 2. Diucapkan tahniah atas kejayaan mereka dan atas usaha guru-guru yang membantu meraih kejayaan tersebut diucapkan ribuan terima kasih.

























Majlis Khatam Al Quran Pelajar Darjah 6 Tahun 2014

Khamis, 18 September 2014 - Acara tahunan yang biasa dilakukan di sekolah-sekolah agama adalah majlis khatam al Quran bagi pelajar darjah 6. Tahun ini, Sekolah Ugama Bebuloh, meraikan 10 orang peserta yang mana 2 daripadanya adalah pelajar non-muslim. Tetamu kehormat pada majlis kali ini ialah Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Awang Hj Tahir bin Tarip.

Semoga dengan adanya majlis ini, pembelajaran akan menjadi lebih berkat dan berkekalan hendaknya, mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah jua.