Rabu, 5 Mei 2010 - Sekolah Ugama Bebuloh telah menerima kunjungan dari beberapa orang Jururawat Pergigian yang telah ditugaskan untuk memantau penjagaan kebersihan gigi di kalangan pelajar (kanak-kanak). Program lawatan ini adalah termasuk dalam program yang dianjurkan olej JPI iaitu Program Siwak. Program ini dijalankan supaya dapat menggalakkan cara penjagaan gigi yang betul di kalangan para pelajar. Acara pada petang itu dimulakan dengan mendengarkan taklimat dari Jururawat yang ditugaskan dan seterusnya memantau pelajar memberus gigi. Cara-cara memberus gigi ditunjukkan kepada para pelajar oleh tenaga pengajar setelah ditunjukkan oleh Jururawat sebelumnya.
Monday, 24 May 2010
Sunday, 28 March 2010
Penyampaian Hadiah Cemerlang SSSRU Brunei IV
Rabu, 17 Mac 2010 - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama tahun 2009. Majlis diadakan d Sekolah Ugama Lumapas, yang mana majlis ini juga diselajurkan dengan Sambutan Maulidur Rasul dengan penyampaian ceramah khas sesuai dengan tujuan tersebut. Tetamu kehormat Majlis pada hari tersebut adalah Ustazah Hjh Fatimah Bt Hj Abd Ghani. Sekolah Ugama Bebuloh telah dipilih sebagai sekolah cemerlang kerana mendapat keputusan 100% lulus dalam peperiksaan tersebut.
Tuesday, 23 March 2010
Sambutan Maulud SAW dan Hari Kebangsaan
Sabtu, 06 Mac 2010 - Sekolah mengadakan Majlis Sambutan Sempena Maulidur Rasul SAW dan Hari Kebangsaan NBD. Sambutan dijalankan dengan mengadakan peraduan mewarna logo hari kebangsaan bagi pelajar rendah bawah dan peraduan menjawab kuiz secara rambang bagi pelajar rendah atas. Kemudian diikuti dengan acara berarak membawa sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW mengelilingi Kg Bebuloh.
Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil
Sabtu, 30 Januari 2010 - Sekolah Ugama Bebuloh mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar Terbaik & Cemerlang dan juga Majlis Penyampaian Sijil SSSRU VI tahun 2008. Diadakan di dewan Kg Bebuloh, dimulai dengan perlantikan Ketua Pelajar bagi sesi tahun 2010, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar terbaik dan kedatangan terbaik sepanjang tahun 2009. Tahun ini juga, Sekolah Ugama Bebuloh menyediakan satu slot 'Penerima hadiah Jasa Kebaktian' yang dikhususkan bagi pelajar yang bukan berugama Islam, yang mana pelajar-pelajar ini adalah diantara pelajar yang rajin membantu dalam menyediakan dan membersihkan bilik sembahyang setiap hari. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian hadiah sukan & aktiviti sepanjang tahun 2009. Pelajar Cemerlang 2009 telah disandang oleh Abd Haziq Bin Roslan, yang mana pelajar ini menampakkan kecemerlangan dalam setiap aktiviti yang diikuti dan menjadi role model yang positif bagi yang lain. Pencapaiannya dalam bidang pelajaran juga menampakkan satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
Sunday, 14 March 2010
Bacaan Tahlil & Penutup Dikir Sempena Maulidur Rasul SAW
Khamis, 25 Februari 2010 - Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW, Sekolah Ugama Bebuloh telah mengadakan bacaan Yasiin beramai-ramai bagi menyemarakkan lagi hari yang mulia itu. Penutup Dikir juga diadakan pada hari tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
