Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Monday 13 July 2009

Influenza A H1N1



Isnin, 13 Julai - Sekolah-sekolah Ugama di seluruh Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat yang didahului dengan Sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasiin atau Ratib Al Attas. Tujuan mengadakan perkara tersebut adalah untuk memohon dari dihindari wabak Influenza A (H1N1) yang pada masa ini sedang merebak di Negara Brunei Darussalam.
Semoga dengan adanya usaha sebegini dilakukan di seluruh negara, kita dapat menghindari ataupun mencegah dari meluasnya penyebaran wabak tersebut.
Di samping itu juga, pihak dari Kementerian Kesihatan sering mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri serta kesihatan. Garis panduan yang diberikan hendaklah diikuti bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Jaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Untuk Kebaikan Bersama.