Jumaat, 31/07/09 - Kg Bebuloh Dan Seluruh Sekolah Ugama Bebuloh merasa sangat gembira pada hari ini dengan islamnya 4 orang pelajar bersama ibu dan adik perempuannya. Majlis yang dilangsungkan di Balai Ibadat Kg Bebuloh, menyaksikan majlis pengislaman bagi kesemua ahli keluarga Dyg Norati Bt Luwis yang kini telah memilih nama sebagai Dyg Norhanisah Bt Abdullah Luwis.
Ucapan dua kalimah syahadah telah didengarkan pada jam 2:30 petang di hadapan kehadiran masyarakat kampung, sahabat handai, ahli keluarga dan khasnya dari Unit Perkembangan Islam, Pusat Dakwah Islamiah.

Stefven Bin Minak yang kini dikenali sebagai Mohd Noruzaidi bin Rafaie

Stenlee Camroon Bin Minak kini dikenali sebagai Mohd Noruzaiman bin Rafaie

Steve Johnson bin Minak kini dikenali sebagai Mohd noruzairul bin Rafaie

Steman Menalson bin Minak kini dikenali sebagai Mohd Noruzaidin bin Rafaie
Dengan ini pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi tahniah kerana telah memilih agama yang sebenarnya lagi suci.
Mabruk Alaikum!
Khamis, 30/07/09 - Pada hari tersebut, Sekolah Ugama Bebuloh mengadakan satu majlis khas bagi Pelajar KUPU SB, Cikgu Hjh Fathanah bt Hj Md Said, yang menamatkan latihan mengajar di sini selama 2 bulan.
Rabu, 29/07/09 - Pada hari tersebut, Sekolah Ugama Bebuloh merasa amat berbesar hati kerana telah menerima lawatan yang dirancang oleh Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama, khasnya dari Bahagian Al Quran dan Bahagian Professional. Lawatan diketuai oleh Tuan Syeikh Haji Khalid Bin Syeikh Hj Yahya; Cikgu Hjh Jamilah Binti Hj Abd Manaf dari bahagian unit Al Quran dan Cikgu Hj Norhidayat Bin Hj Md Salleh sebagai wakil dari bahagian professional.
Lawatan pada hari tersebut menumpukan kepada matapelajaran Al Quran. Guru yang bertuah untuk menerima kunjungan dari lawatan khas tersebut adalah Cikgu Mohd Najib Bin Hj Mohd Yassin dan Cikgu Siti Norlia Binti Hj Matamit.
Selepas lawatan dan pemantauan dilakukan, guru-guru Sekolah Ugama Bebuloh diberikan peluang untuk mendengar sedikit penjelasan tentang hasil yang diperolehi dari pemantauan tersebut.
Tuan Syeikh Haji Khalid juga berpeluang untuk menyerahkan buku Fatwa Mufti mengenai masalah membaca, menyentuh Al Quran bagi pelajar yang bukan beragama Islam.
Lawatan pada hari tersebut, sedikit sebanyak telah menjawab beberapa persoalan yang selama ini menjadi satu kemusykilan bagi pihak sekolah.
Sedikit jamuan juga disediakan sebagai mengalu-alukan kedatangan dari Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana memberikan peluang keemasan tersebut.





