Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Saturday, 9 May 2009

Tokoh Islam: Saiyidatina Fatimah, Wanita Penghulu Syurga

Saiyidatina Fatimah az Zahra merupakan puteri kesayangan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Beliau begitu manja dengan ayahanda tercinta sehinggakan Rasulullah SAW pernah berkata:
"Fatimah adalah darah dagingku, sesiapa yang mengganggunya bermakna dia menggangguku."

Saiyidatina Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadilakhir 606 dan membesar dalam suasana kesusahan. Walaupun Fatimah anak seorang pemimpin agung ketika itu, namun beliau tidak diajar dan dimanjakan dengan harta dan kekayaan. Sebaliknya Fatimah diasuh untuk menjadi gadis yang beriman dan mempunyai budi pekerti dan akhlak yang terpuji.

Setelah kehilangan ibunda tercinta, Fatimah banyak menggalas tanggungjawab menjaga ayahnya dan menguruskan keluarganya. Dalam kesibukan Fatimah menguruskan rumahtangga, Fatimah masih mempunyai masa untuk beribadah kepada Allah SWT. Setiap hari, malam-malamnya diisi dengan tahajjud, membaca al Quran dan pelbagai lagi. Fatimah mewarisi sifat terpuji Rasulullah SAW. Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan kehidupan mereka. Dalam keadaan begitu, Fatimah masih boleh bersedekah. Fatimah tidak pernah membiarkan peminta sedekah meninggalkan rumahnya tanpa membawa sebarang makanan walaupun dirinya sendiri kelaparan.

Semasa perang Uhud, Fatimah telah merawat luka Rasulullah SAW. Fatimah juga turut menyertai Rasulullah dalam peristiwa penawanan kota Mekah dan Haji Wida' pada 11 hijrah.

Ketika Rasulullah jatuh sakit, Fatimah sentiasa berada di sisi ayahandanya. Rasulullah membisikkan sesuatu kepada Fatimah yang membuatkannya tiba-tiba menangis dan kemudian tersenyum. Fatimah menangis kerana mendengar berita tentang saat kewafatan Rasulullah yang sudah hampir. Manakala Fatimah tersenyum tatkala diberitahu dialah orang pertama yang akan menyusuli Baginda ke alam baqa'. Setelah pemergian Rasulullah SAW, Fatimah menyusul enam bulan selepas itu. Beliau meninggal dunia pada usia 28 tahun dan dikebumikan diperkuburan Baqi', Madinah.

Begitulah keistimewaan Rasulullah SAW yang sentiasa mendidik dirinya untuk menjadi hamba Allah yang sabar, redha, takut dosa, tawaddhu' dan pelbagai lagi sifat mahmudah yang lain. Ujian-ujian di dunialah yang akan menguji ketakwaan dan keimanan manusia untuk berjaya di akhirat.

Monday, 4 May 2009

Ratib Al Attas & Peraduan Menghafaz Bacaan-Bacaan Dalam Sembahyang

Khamis, 30 April 2009-
Sekolah Ugama Bebuloh sekali lagi menganjurkan peraduan menghafaz bacaan-bacaan dalam sembahyang antara rumah-rumah. Peraduan kali ini diadakan dengan tujuan supaya pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan lisan amali agama setengah tahun yang akan dijalankan pada 4 Mei 2009 nanti. Alhamdulillah, sambutan peserta terhadap peraduan ini amat menggalakkan. Hakim dilantik dari guru-guru sekolah ini sendiri, diketuai oleh Pengerusi rumah-rumah, Guru Besar, Cikgu Mohd Kushairi Azam bin Hj Abd Latif. Peraduan yang seumpamanya juga akan diadakan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang berani tampil kehadapan dan seterusnya mencapai kecemerlangan akademik di dalam pembelajaran.
Sebelum peraduan dijalankan, pihak sekolah terlebih dahulu membaca Ratib Al Attas beramai-ramai. Ratib Al Attas adalah aktiviti bulanan bagi Sekolah Ugama Bebuloh.









Sunday, 26 April 2009

Sukan Ria Bagi Guru-Guru Ugama Kawasan Brunei IV

Ahad, 26/04/09 -
Hari ini guru-guru ugama kawasan Brunei IV telah mengadakan sukan ria yang dianjurkan oleh Badan Sukan, Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV. Sukan ini mengambil tempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun. Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan bacaan surah al Fatihah dan doa selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi AJKPSSUB IV, Cikgu Hj Zaini Bin Hj Saman. Seterusnya, majlis perasmian sukan oleh tetamu khas dalam acara sukan ria tersebut, Hj Mohd Said Bin Hj Abas, Ketua Bahagian Ko Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan, JPI.

Dalam acara sukan ria tersebut, sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei IV sebanyak 13 buah, dibahagikan kepada 4 buah rumah. Sukan ini melibatkan Guru-guru Besar, Ketua-ketua Guru, Guru-Guru Kanan dan Guru-guru penolong yang lain, termasuk juga guru-guru dari Sekolah Riverside.

Rumah Panglima, menggunakan warna kuning sebagai warna temanya, diketuai oleh Cikgu Hjh Hinah bt Hj Saban, PPID Bru IV dan ahli-ahlinya terdiri dari guru-guru Sekolah Ugama Lumapas, Sekolah Ugama Bebuloh dan Sekolah Ugama Panchor Murai.

Rumah Hulubalang, jersi merah, diketuai oleh Cikgu Hj Mohd Yusslan Bin Hj Tengah dengan ahli dari Sekolah Ugama Putat, Sekolah Ugama Kasat, Sekolah Ugama Pengkalan Batu, Sekolah Ugama Awang Semaun dan Sekolah Rendah Riverside.

Rumah Laksamana, menggunakan warna biru, diketuai oleh Cikgu Hjh Aisah binti Hj Othman. Ahli rumah Laksamana adalah dari Sekolah Ugama Bolkiah, Sekolah Ugama Junjongan dan Sekolah Ugama NAR Menunggol.

Berwarna hijau, rumah Bendahara, diketuai oleh Cikgu Junaidi bin Hj Abdullah, dengan ahli dari Sekolah Ugama Panglima Barudin Limau Manis, Sekolah Ugama Masin, Sekolah Ugama Sungai Bunga Tanjung Kindana.

Acara sukan ria berakhir pada pukul 12 tengahari dengan jamuan makan tengahari.


Kamera masih berkabus di awal pagi...

Lari membawa bola, Cikgu Hj Sabpilhan
Bekas tenaga pengajar SU Bebuloh, Cikgu Redwan

Lari dalam guni, Cikgu Zulhaizam
Menyambung gelang getah, Cikgu Kamsiah

Melilit badan dengan tissue, Cikgu Siti Norlia

Mengacip buah pinang, Cikgu Hjh Hinah

Main kaki tiga, Cikgu Mohd Kushairi Azam

Mengupas bawang putih dengan tangan, Cikgu Pg Masidayu

Membaling bola dalam bakul, Cikgu Siti Norlia
Menimbang bola dengan kaki, Cikgu Mohd Najib
Bekas tenaga pengajar SU Bebuloh, Cikgu Mohd Erwandey

Acara sukan yang dikendalikan oleh SU Bebuloh,
mencari benda tersembunyi bagi lelaki

Acara kemuncak, tarik kalat antara rumah-rumah

Hadiah yang disediakan


Majlis penyampaian hadiah

Menunggu acara sukan selesai sambil berehat-rehat

Jamuan makan tengahari