Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Saturday 24 January 2009

2 dalam 1

Hari ani, kami mengadakan majlis 2 dalam 1...mula-mula kami mengadakan majlis Kempen Sayangkan Jawi...dalam majlis ani kami mengadakan acara membaca dari petikan-petikan buku ataupun majalah dan juga buku-buku cerita....selepas atu, kami jua membuat acara menjawikan beberapa petikan yang kami dapat dari buku-buku rujukan....tujuan majlis ani diadakan supaya pelajar lebih peka terhadap kepentingan jawi di dalam hidup seharian dan seterusnya supaya dapat mengekalkan jawi sebagai salah satu daripada peninggalan orang-orang lama kitani kepada generasi-generasi alaf baru...


Ani dari sessi awal..darjah pra & darjah 1...


Ani sesi ahir..darjah 2 & darjah 3...


dan ani adalah acara bagi darjah 4, 5 dan 6...
bila digambar semuanya malu tunduk...

Selepas sahaja menunaikan sembahyang fadhu asar, kami selajur membuat majlis pembahagian rumah-rumah...yang mana rumah-rumah ani nanti akan kami gunakan sepanjang tahun bagi setiap acara yang akan kami adakan...rumah-rumah kami semuanya menggunakan nama-nama Khalifah Islam, Khulafa Ar-Rasyidin...Rumah Sayyidina Abu Bakar RA, Rumah Sayyidina Omar Al Khattab RA, Rumah Sayyidina Othman RA dan Rumah Sayyidina Ali RA.....Setiap rumah mempunyai 20 orang ahli, seorang ketua rumah dan 2 orang penasihat yang terdiri daripada cigu-cigu yang mengajar di sekolah ani jua...tujuan diadakan rumah-rumah ani supaya dapat menimbulkan perasaan kompetitif di kalangan pelajar samada dari segi akademik dan juga aktiviti-aktiviti fizikal...setaip acara @ perlawanan yang diadakan akan dinilai melalui pemarkahan secara point atau mata kemenangan dan akan diberi 'reward' pada hujung tahun sesi persekolahan...


Pelajar-pelajar yang sudah dibahagi-bahagikan
mengikut rumah-rumah masing-masing....