Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Saturday, 11 January 2014

Acara Keagamaan Senegara, Bacaan Ratib Sempena 100 Tahun Pendidikan Formal

11/01/2014, Sabtu - Alhamdulillah musim persekolahan tahun 1435-1436H/2015M telah pun bermula semenjak seminggu yang lalu. Pendaftaran pelajar Darjah Pra telah pun dijalankan pada hari Rabu, 8 Januari 2014.

Hari ini, Sekolah Ugama Bebuloh menjalankan aktiviti pertama dalam tahun 2014 dengan bacaan ratib sempena 100 tahun pendidikan formal.

Semoga aktiviti yang bermanfaat ini akan sentiasa dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang.


Bacaan Ratib diketuai oleh Guru-guru lelaki
Dari kiri: Cikgu Mohd Abd Khallit, Cikgu Pg)
 Shamsol Nizam, Cikgu Azman (Guru Besar), Cikgu Mohd Najib


Antara pelajar perempuan yang mengikuti
aktiviti ini diiringi oleh Cikgu Kamsiah dan Cikgu Siti Norlia

Wednesday, 4 December 2013

Perkembangan Terkini..

Rabu, 4 Disember 2013 - Sudah 4 hari sekolah-sekolah di seluruh Negara Brunei Darussalam menjalani Cuti Persekolah Penggal Ke Empat. Guru-guru, samada memanfaatkan musim percutian bersama keluarga, ada juga yang sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi pelajar pada musim persekolah di bulan Januari nanti. Namun, apa yang pasti, sepanjang tahun 2013 dijalankan dengan penuh kesibukan meenghadapi cabaran terkini dalam bidang pendidikan.

Sebelum berakhirnya penggal persekolahan, beberapa aktiviti telahpun dijalankan. Bagi pelajar Darjah 6, penggal terakhir ini merupakan perjuangan yang sehabisnya kerana menduduki Peperiksaan Bersijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6.

Antara aktiviti yang sempat dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti Majlis Khatam Al Quran Pelajar Darjah VI, Majlis Khatam Sempena Bulan Ramadhan, Sukan Ria Antara Rumah-Rumah SU Bebuloh, Taklimat Peperiksaan Darjah VI dan Khatam Al Quran serta Penglibatan Guru-Guru dalam bengkel yang dianjurkan oleh Jabtan Pengajian Islam.

Semoga tahun hadapan, guru-guru lebih tabah menghadapi cabaran dan pelajar menjadi semakin bijak dalam membahagikan masa untuk menghadapi sesi persekolahan yang semakin rumit.

Last day of school in 2013

Khatam Al Quran Bulan Ramadhan

Peperiksaan Setengah Tahun...
"Abd Azim.. Singit Udah topi atu!"

After Majlis Khatam Bagi Darjah 6... Cute Kan!!

Ketua Rumah Uhud... Go Go Uhud!
Sukan Ria S.U. Bebuloh

Lawatan Sekolah... Gurunya pulang terlebih!
Najib....

Pg Shamsol... Asyik mendengar Taklimat Bahagian Kenaziran!

Peserta Khatam SU Bebuloh!

Antara Guru-Guru Besar yang menghadirkan diri ke Majlis Khatam Al Quran..
Terima kasih diucapkan..

Guru Besar, Cikgu Kasni Binti Haji Hashim..
Posing bersama jemputan khatam....
PPID Brunei IV, Pg Abd Razak merenjis minyak wangi kepada peserta khatam..

Ghazali Bin Hj Mohd Sofian.. bersama ayahanda nya...

Tetamu Kehormat Majlis.. Hj Mg Said Bin Tundak, Ketua Kg Bebuloh, memulakan majlis merenjis minyak wangi dan seterusnya penyampaian sijil..

Antara pegawai dari Jabatan Pengajian Islam yang hadir...

Kumpulan dikir majlis khatam diketuai oleh Bilal Izzul Islam dan Cikgu Saiful...


Banner Majlis Khatam...

Bersama geng lama...

Pembantu utama...

Juruacara dan tukang takhtim...

Cikgu Roslinda dan Guru Besar Pengkalan Batu, Cikgu Hjh Zaliha

Mengabdikan kenangan bersama murid...


Pembaca doa khatam, Ghazali bin Haji Mohammad Sofian...

Cikgu Pg Shamsol Nizam Bin Pg Hj Shahbuddin duduk mengiringi tetamu khas

Nyaman hati setelah memberikan taklimat Darjah VI

Menunggu masa kan balik 5:30 ptg...

Sempat posing walaupun nervous kan memberi taklimat..

Amirah Najwa dan Azlye Bin Palong bersama bapa masing-masing

Asyik mendengarkan taklimat...

Macam ahli panel hakim ada jua...
Memberikan markah utk Guru Besar kah tu?!

Booklet yang disediakan untuk ibubapa..




Menghadiri Majlis Khatam Bulan Ramadhan Bagi Guru-Guru Brunei IV di SUPAPAUKAI Mulaut

Monday, 24 May 2010

Program Siwak

Rabu, 5 Mei 2010 - Sekolah Ugama Bebuloh telah menerima kunjungan dari beberapa orang Jururawat Pergigian yang telah ditugaskan untuk memantau penjagaan kebersihan gigi di kalangan pelajar (kanak-kanak). Program lawatan ini adalah termasuk dalam program yang dianjurkan olej JPI iaitu Program Siwak. Program ini dijalankan supaya dapat menggalakkan cara penjagaan gigi yang betul di kalangan para pelajar. Acara pada petang itu dimulakan dengan mendengarkan taklimat dari Jururawat yang ditugaskan dan seterusnya memantau pelajar memberus gigi. Cara-cara memberus gigi ditunjukkan kepada para pelajar oleh tenaga pengajar setelah ditunjukkan oleh Jururawat sebelumnya.