Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Monday, 6 April 2009

Lawatan Ke Pameran Adat Istiadat Di Raja Brunei di ICC

Khamis, 02/04/09 - Badan lawatan dan aktiviti sekolah telah mengaturkan satu lawatan bagi seluruh keluarga Bebuloh ke Pameran Adat Istiadat Di Raja Brunei di ICC. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalkan pelajar Bebuloh kepada adat istiadat Di Raja dan menerapkan ke dalam diri mereka rasa kasihkan negara dan adat istiadat yang masih kukuh di dalam pentadbirannya. Dalam lawatan ini, pelajar diberikan sebuah buku yang memaparkan sebahagian daripada adat istiadat Di Raja, satu penanda buku dan juga kertas yang menyediakan kuiz bagi pelawat.

Gambar Beramai Sebagai Kenangan

Di pintu masuk pameran

Pembahagian buku, penanda buku dan kuiz bagi pelawat

Guru membantu pelajar mencari jawapan bagi kuiz




Pelajar yang sibuk mencari jawapan

Peraduan Tulisan Jawi Antara Rumah-Rumah

Selasa, 31/03/09- Sekali lagi, pasukan rumah-rumah Sek Ugama Bebuloh mengadakan satu pertandingan akademik, Pertandingan Tulisan Jawi. Tujuan pertandingan ini diadakan juga adalah untuk memilih peserta yang akan dibawa mengikuti pertandingan tulisan jawi anjuran ko kurikulum yang akan diadakan pada 14 April ini nanti. Keputusan masih lagi dalam perbincangan. Tujuan utama pertandingan ini adalah supaya pelajar merasa lebih dekat lagi dengan tulisan jawi dan mengekalkan pusaka peninggalan lama di kalangan generasi baru.



Saturday, 21 March 2009

Perlawanan Sukan Antara Rumah-Rumah

Khamis, 19/03/09 - Sebagai penutup penggal persekolahan pertama, Sekolah Ugama Bebuloh mengadakan Perlawanan Sukan Antara Rumah-Rumah. Sebelum sukan dimulakan, seluruh keluarga SU Bebuloh, mengadakan Bacaan Ratib. Acara sukan dimulakan sejurus selepas itu. Acara sukan yang dipertandingkan adalah seperti mengisi air dalam botol, membaling piasau, bowling piasau, mengisi kacang hijau dalam straw, membalut orang jadi mummy, membaling bola ke dalam bakul, lari berganti-ganti, menyambung galang getah dan tarik kalat. Keputusan sukan pada hari ini akan dihimpunkan dan dicampur bersama mata yang telah diperolehi di dalam pertandingan yang sebelumnya. Pelajar yang menang dalam perlawanan sukan tersebut diberikan hadiah saguhati sebagai dorongan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lain yang diadakan nanti.