Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Saturday, 25 April 2015

Majlis Bertahlil Untuk Allahyarham Cikgu Zulhaizam Bin Hj Jumat

Sabtu, 25 April 2015 - Sekolah Ugama Bebuloh baru-baru ini telah kehilangan seorang sahabatdan teman seperjuangan yang dikasihi. Allahyarham Cikgu Zulhaizam telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis. 23 April 2015. Kehilangan beliau turut sama-sama dirasai kesedihannya oleh warga Sekolah Ugama Bebuloh kerana beliau pernah bertugas di sini sebagai tenaga pengajar. Semua jasa dan bakti beliau akan dikenang selalu.

Kami seluruh warga Sekolah Ugama Bebuloh mendoakan semoga beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.. amiin...









Wednesday, 25 March 2015

Program Keugamaan Senegara - Tazkirah Kebersihan dan Bacaan-bacaan

Rabu, 25/03/2015 - Hari ini sekali lagi Sekolah Ugama Bebuloh menjalankan program keugamaan senegara yang diaturkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan diketuai oleh Cikgu Najib Bin Hj Mohd Yassin. Program hari ini berkisar tentang kebersihan. Program diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim. Semoga semua mendapat keberkatan.








Wednesday, 21 January 2015

Riadhah Maulud

Rabu, 21 Januari 2015 - Sekolah Ugama Bebuloh tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan sambutan kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, walaupun sudah berada dipenghujung Rabiulawwal.

Acara tahun ini disambut secara sederhana. Dimulakan dengan kempen kebersihan dan seterusnya berjalan mengelilingi kampung dengan alunan merdu suara murid membawakan Selawat ke atas Junjungan kita.

Walau bagaimanapun, acara terpaksa di'pendek'kan kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Namun kemeriahan acara tetap terasa walaupun terpaksa berhujan dalam separuh perjalanan.










Monday, 12 January 2015

Program Keagamaan Senegara 2015 - Ratib Al Attas

Isnin, 12 Januari 2015 - Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Program Keagamaan Senegara kali pertama diadakan pada hari ini dengan membawakan Ratib Al Attas diketuai oleh Cikgu Pg Shamsol Nizam Bin Pg Hj Shahbuddin.
Sama-samalah kita semua memohon kelancaran dan diberikan kemudahan untuk sepanjang tahun persekolahan 2015. Amiin..







Thursday, 6 November 2014

Peperiksaan Akhir Tahun Rendah Bawah

Khamis, 6/11/2014 - Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun bagi rendah bawah telah pun bermula pada hari ini. Semoga dengan adanya persiapan rapi dari guru-guru akan membawakan hasil yang memberangsangkan. Didoakan pada anak-anak sekelian, semoga berjaya dan lulus untuk naik kelas pada tahun 2016. Amiin...


Wednesday, 5 November 2014

Program Keagamaan Senegara - Tausyeh

Rabu, 5 November 2014 - Hari ini, sekali lagi pihak sekolah menjalankan Program Keagamaan Senegara yang telah diaturkan oleh Bahagian Ko-Kurikulum. Program ini diadakan pada setiap bulan dengan membawakan tema yang berlainan. Bulan ini, PKS yang disediakan adalah tausyeh. Dengan tausyeh Solatun Bissalam dan Solatullah Wa Salamullah diiringi gendang daripada Cikgu Najib, bergemalah sekolah dengan alunan tausyeh yang merdu dialunkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.

Alhamdulillah, program yang sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar, dilakukan sebagai aktiviti sebelum solat jemaah Zohor, telah menampakkan hasil yang memberangsangkan.