Khamis, 11/06/09- Pada hari tersebut telah mengadakan rancangan menandatangani Rekod Kemajuan Pelajar bagi Ujian Bulanan dan juga Peperiksaan Setengah Tahun. Sambutan dari ibubapa pada tahun ini amat menggalakkan. Dalam perjumpaan ini, guru-guru dan ibubapa dapat sama-sama membincangkan tentang kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran sehari-hari. Jamuan ringan juga disediakan oleh pihak sekolah bagi ibubapa yang telah hadir. Diharapkan kerjasama yang padu dari pihak sekolah dan para ibubapa akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.