Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam memagar diri Baginda dengan al-Qur'an supaya Allah memeliharanya daripada segala macam penyakit dan bencana, sebagaimana 'Aisyah Radhiallahu 'anha meriwayatkan: " Bahawa Nabi Shallahu 'alaihi wasallam manakala Baginda itu berada di tempat tidur pada tiap-tiap malam Baginda akan menghimpunkan kedua tapak tangan Baginda dan membaca " قُلْ أَعُوذ ُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ، قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ dan قُلْ أَعَوذُبِرَبِّ النَّاسِ " ( Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas ), kemudian menghembus kedua tapak tangan Baginda dan selepas itu menyapu sesampainya ke seleruh badan, dimulai dari kepala dan wajah Baginda. Ini dilakukan sebanyak tiga kali." ( Hadits riwayat al-Bukhari )