Pada masa pemerintahan Raja Claudius II, dia telah memenjarakan orang-orang Kristian, termasuklah Valentine, kerana beliau adalah seorang penyebar ugama Kristian. Walaupun berada di dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan ugama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara disamping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri daripada penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap ugama Kristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom, menyebabkan Valentine telah disiksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Bagi penganut Kristian, Valentine adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah puncanya orang-orang Kristian ,mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine.
Muslimin yang dirahmati Allah, berdasarkan penerangan tadi adalah jelas menunjukkan bahawa istilah hari kekasih atau Valentine's Day bukanlah perayaan yang disyariatkan di dalam ugama Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang untuk menyambut dan merayakannya. Sememangnya ugama Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam ugama Islam untuk sepanjang masa. Bukan hanya ditetapkan dalam masa atau hari yang tertentu sahaja. Berkasih sayang di dalam Islam bukanlah dengan bergaul bebas tanpa sempadan dan melanggar hukum syara' apatah lagi sehingga membawa kepada berlakunya maksiat dan kemungkaran seperti zina.
Islam adalah ugama yang praktikal bukan mengongkong bahkan Islam adalah ugama yang menjaga dan memelihara kehidupan ummatnya supaya lebih sempurna dan harmoni. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara ummatnya. Untuk itu kasih sayang di dalam Islam dapatlah dikategorikan kepada tiga; pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu Wa Taala) kepada hambaNya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta. Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk. Adapun kasih makhluk sesama makhluk sifatnya tiada berkekalan kerana ia bergantung kepada keadaan. Dan kasih hamba kepada Pencipta pula berlandaskan kepada keimanan dan ketaqwaan. Manakala kasih Pencipta kepada hambaNya adalah kasih yang berkekalan.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud:
"Katakanlah! Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi".
Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah, perlu diingat bukan semua budaya itu baik untuk diikuti. Oleh itu, ia memerlukan penilaian dengan sukat-sukat yang betul. Bagi kita orang-orang Islam, tentunya sukat-sukat kita ialah hukum Islam, maka jangan jadikan diri kita perosak ugama sendiri dan menyanjung ugama lain pula. Contohnya, Valentine's Day (Hari Kekasih) yang dicetuskan oleh ugama lain dengan budaya yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Diraikan oleh sebahagian orang Islam khususnya para remaja Islam. Apa yang membimbangkan, bukan setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, tetapi tidak mustahil ada di antara remaja yang sanggup menggadai kehormatan diri mereka demi kesetiaan cinta kepada pasangan mereka. Remaja ataupun pemuda pemudi Islam, sepatutnya memiliki kekuatan Iman, ketahanan jiwa, mempunyai jati diri, tidak mudah diombang ambing dan dipengaruhi apatah lagi untuk tujuan melakukan kemungkaran kerana hatinya takut kepada Allah SWT.
Ini jelas sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda "Tujuh golongan orang yang dilindungi oleh Allah, di dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu, imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik untuk melakukan maksiat, lalu dia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah", seorang lelaki yang sentiasa bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan seorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan airmata" Hadis Riwayat Imam Bukhari.
Muslimin yang dirahmati Allah, sesungguhnya ugama Islam itu adalah ugama yang tinggi dan mulia. Terdapat di kalangan ummat Islam tidak menyedari hakikat ini sehingga terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup masyarakat asing dengan beralasan mengikut peredaran zaman tanpa memperdulikan budaya tersebut bertentangan dengan lunas-lunas ajaran Islam. Oleh itu, jauhilah dan hindarkanlah diri kita daripada terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya asing yang bertentangan dengan ajaran ugama Islam itu. Semoga kita semua selamat di Dunia dan di Akhirat. Amin Yaa Rabbal Alamiin..

Petikan Dari Radio Rangkaian Nur Islam