Tahniah diucapkan kepada Dayang Rabiahtul Syahnazirah Bt Shahmahedzan kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab pada tahun hadapan. Semoga Berjaya!!
21/10/09, Rabu - Sekolah Ugama Bebuloh telah diberikan penghormatan untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Brunei IV. Pertandingan diadakan di Rumah Kegiatan Kampung Bebuloh. Walaupun pertandingan pada hari tersebut terganggu dengan penutupan bekalan elektrik pada awalnya, akhirnya pertandingan tersebut dapat juga dijalankan dengan jayanya. Pertandingan tersebut juga dihadiri oleh PPID Bru Iv, Hjh Ainah Bt Hj Saban dan Pembantunya, Hj Md Yusslan Bin Hj Tengah, Guru-guru Besar, Ketua-Ketua Guru Sekolah-Sekolah Ugama Brunei IV dan Guru-Guru Pengawas. Ulasan keputusan jemaah hakim telah dibaca oleh Cikgu Mohd Najib. Pertandingan telah dimenangi oleh Sek Ugama Pengkalan Batu yang akan mewakili Brunei IV di peringkat negara nanti. Sek Ugama Bebuloh hanya mendapat tempat ke empat, yang telah diwakili oleh pelajar darjah 3, Ahmad Nabeel Bin Hj Mahadi. Walau apapun, tahniah kepada warga Sekolah kerana telah berjaya mengendalikan Pertandingan tersebut dengan lancar.
12/09/09, Sabtu - Sekolah Ugama Bebuloh telah mengadakan majlis Khatam Al Quran Bagi Guru Dan Pelajar. Majlis diadakan di Rumah Kegiatan Kampung Bebuloh. Surah-surah dibaca beramai-ramai, takhtim diketuai oleh Cikgu Pg Masidayu dan doa dibacakan oleh Cikgu Mohd Najib.
Adapun sekolah ini bangunan pertamanya dibangunkan dalam bulan Februari 1972 di atas sebidang tanah milik kerajaan hasil usaha bersama penduduk Kampung Bebuloh yang diketuai oleh Ketua Kampung Bebuloh iaitu Awang Muda bin Tumang. Bangunan sekolah ini berbentuk sementara sahaja di mana ia adalah sebuah bangunan kayu kayan yang kebanyakkannya diperolehi daripada hutan di kawasan ini. Di samping itu bangunan ini telah mendapat biaya dari kerajaan KDYMM melalui Jabatan Pelajaran dengan perbelanjaan sebanyak $3.500 (harga perkakas sahaja) dan telah siap pembinaannya di penghujung tahun 1974. Ia hanya digunakan dalam masa tempoh 14 tahun sahaja.
Pada tahun 1986 dalam bulan Mac, sebuah bangunan kekal telah dibina di atas tanah kerajaan juga bersebelahan dengan bangunan lama dan telah siap sepenuhnya dalam tahun 1988 bulan Januari. Sekolah Ugama telah dibuka pada 09—05—90 dengan keramaian murid seramai 5 orang.