Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Ugama Bebuloh, Brunei IV. Salam Ukhwah Untuk Semua.

Thursday 29 January 2009

Selamat Datang

Di dalam kesibukan kami membuat persediaan untuk mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pada hari Sabtu ani, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita gembira yang bahawasanya kami akan menerima lagi seorang guru baru...kami dimaklumkan bahawa guru baru ani alum lagi belaku datang melapor sal masih lagi menunggu report medical check nya...tiba-tiba timbul satu kelibat...rupanya guru ani baru siap med check nya tadi pagi and tarus kana suruh melapor patang ani...so, kami dengan hati yang gembira menerima kehadiran guru baru ani sebagai seorang lagi ahli keluarga baru Sek Ugama Bebuloh.....namanya boleh biskita liat dari gambar-gambar ahli keluarga Bebuloh di siring atu...Buat guru tersebut, kami semua mengucapkan selamat datang dan semoga tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang selama bertugas bersama-sama kami...ingat pasan kami tadi....


Ani tah ahli kami yang baru....

Saturday 24 January 2009

2 dalam 1

Hari ani, kami mengadakan majlis 2 dalam 1...mula-mula kami mengadakan majlis Kempen Sayangkan Jawi...dalam majlis ani kami mengadakan acara membaca dari petikan-petikan buku ataupun majalah dan juga buku-buku cerita....selepas atu, kami jua membuat acara menjawikan beberapa petikan yang kami dapat dari buku-buku rujukan....tujuan majlis ani diadakan supaya pelajar lebih peka terhadap kepentingan jawi di dalam hidup seharian dan seterusnya supaya dapat mengekalkan jawi sebagai salah satu daripada peninggalan orang-orang lama kitani kepada generasi-generasi alaf baru...


Ani dari sessi awal..darjah pra & darjah 1...


Ani sesi ahir..darjah 2 & darjah 3...


dan ani adalah acara bagi darjah 4, 5 dan 6...
bila digambar semuanya malu tunduk...

Selepas sahaja menunaikan sembahyang fadhu asar, kami selajur membuat majlis pembahagian rumah-rumah...yang mana rumah-rumah ani nanti akan kami gunakan sepanjang tahun bagi setiap acara yang akan kami adakan...rumah-rumah kami semuanya menggunakan nama-nama Khalifah Islam, Khulafa Ar-Rasyidin...Rumah Sayyidina Abu Bakar RA, Rumah Sayyidina Omar Al Khattab RA, Rumah Sayyidina Othman RA dan Rumah Sayyidina Ali RA.....Setiap rumah mempunyai 20 orang ahli, seorang ketua rumah dan 2 orang penasihat yang terdiri daripada cigu-cigu yang mengajar di sekolah ani jua...tujuan diadakan rumah-rumah ani supaya dapat menimbulkan perasaan kompetitif di kalangan pelajar samada dari segi akademik dan juga aktiviti-aktiviti fizikal...setaip acara @ perlawanan yang diadakan akan dinilai melalui pemarkahan secara point atau mata kemenangan dan akan diberi 'reward' pada hujung tahun sesi persekolahan...


Pelajar-pelajar yang sudah dibahagi-bahagikan
mengikut rumah-rumah masing-masing....

Assalamualaikum

Alhamdulillah...blog sekolah kami ani baru siap, walaupun banyak masih yang kan ditambah-tambah tapi boleh sudah dipertontonkan untuk orang ramai...dari atu, ingin jua bebuloh kan ngucapkan tema kasih kepada orang yang banyak menolong membuat blog ani...(you know who you are)...since yg membuat blog ani suka main antam saja asalkan siap....hehe...anyway, sesiapa yang baru melawati blog kami ani, terima kasih....sama-samalah kitani mengeratkan silaturrahim....

Wednesday 21 January 2009

Persiapan Menjelang Majlis

31hb Januari ani nanti, Sekolah Ugama Bebuloh kan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar Terbaik dan Cemerlang Bagi Tahun 2008...Oleh kerana itu, sekolah kami waktu ani sedang sibuk menungkayahkan latihan untuk pelbagai persembahan...cigu laki-laki sibuk jua membuat banner untuk kan kami gunakan bagi setiap acara yang kan kami adakan di sekolah ani...



Darjah Pra yang iski kan membuat persembahan....


Liat tu nah..sampai ada yang tesengit-sengit...
tunggang tebalik hurufnya pun ada...


Sibuk banar kah..pura-pura sibuk..


Nah kan..."kanapatan" pura-pura sibuk...
Hehe..nada wah...durang ani banar-banar sibuk tadi..
Sampai bepaluh-paluh...